Thursday, 19 June 2014

drama.

dekat taman ada gadis duduk sorang sorang atas bangku.
duduk bangku yang sama.
mulakan perbualan.
sembang-sembang jatuh cinta.
ala ala filem omputih.

dalam opis/fakulti.
jalan jalan tergopoh gapah terlanggar gadis.
barang berselerak.
kutip sama sama terpegang tangan.
jatuh cinta.
ala ala slot akasia tv tiga.

tak pun terlanggar awek cun tengah lintas jalan.
tumpangkan ke hospital.
berkenalan.
jatuh cinta.
ala ala sinetron indonesia.

brader.
itu drama.
cliche.
cerita.
mana ada yang indah macam tu dalam hidup.

if u like someone.
go for it.
confess.

kena reject?
move on dude.
dah jadi lumrah kumbang hinggap dari satu bunga ke bunga yang lain.
jangan pulak jadi bangang sangat dok pi confess kat bunga dekat dalam pasu bunga mak hang.
itu metafora la bangang.
haha.

Tuesday, 17 June 2014

baca.

Selain menulis.
Okay..bukan menulis..menaip.
Aku tak suka pun menulis sebab tulisan aku buruk lahanat sampai aku sendiri pun tak faham tulisan sendiri bila baca semula.

Selain menulis.
Aku suka membaca.
Sejak sekolah rendah aku suka membaca.
Seingat aku.
Masa sekolah rendah lagi aku dah baca novel tebal.
Lagenda Budak Setan Ahadiat Akashah.
Siri Bercakap dengan Jin Tamar Jalis.
Kitab kitab agama dekat rumah pun aku baca.
Kitab sejarah 25 rasul. Kitab 40 hadis akhir zaman. Kitab akhlak seorang muslim. Kitab Syeikh Abdul Kadir Jailani. Kitab Jin, Iblis dan Syaitan dan banyak lagi yang aku tak ingat dah tajuk.
Choii mulut..
Jahil sangat ke aku tak baca kitab agama.
Hahaa.

Novel cinta?
Errr..sebenaqnya..aku pernah baca novel cinta kat koleq dulu. Musim kot. Ramai baca time tu. Sampai ada yang aku pinjam dekat perpustakaan baca bawah meja time cikgu tengah mengajar kat depan.
Aku boleh habiskan satu novel sehari. Sekarang pun aku habiskan satu novel sehari yang average 300 pages.
Sekarang dah tak minat dah novel cintan cintun bagai.

Sekarang aku suka novel seram. Action. Fiction.
Paling aku suka novel novel Fixi, LejenPress.
Dah lebih 10 novel dorang ni aku baca rasanya tahun ni.
Kasyaf. Infantisid. Murtad. Kasino. Mental. Kacau. Koyak. Pinjam. Gantung. Babi. Saka. Nasi Kangkang.

Aku tak beli semua.
Ada aku pinjam.
Ada aku swap.
Ada yang orang hadiahkan.
Aku paling suka orang hadiahkan aku buku.
Sebab buku ni ilmu.
Walaupun kita baca sekali saja tapi ilmu tu sampai ke mati.

Motif tulis panjang panjang?
Kan aku dah cakap aku suka menulis..menaip.

::tak jadi la jadi gigolo sepenuh masa lepas gradute, nak jadi penulis novel pulak. Ada sesiapa nak baca novel aku tak?::

Monday, 16 June 2014

carut.

Carut.

Kadang kadang carut dalam hati.
Kadang kadang carut depan depan.
Bergantung dengan siapa kau berhadapan.

Dengan masyarakat netizen sekarang. 
Carut dah diglobalisasikan.
Carut mat saleh la.
Baru stylo sikit.
Seperti wadefaq, faq u, maderfaqer, a-hole, holy shit, dan beberapa perkataan yang seangkatan dengannya.

Jangan salahkan penglobalisasian ini.
Sebab orang tua-tua pun mencarut – bila melatah.
“ohh mak hang babi tua eksiden naik moto ekzoz kepala dua!”
Contoh ja.

Bagi yang suka mencarut ni.
Carut ni sebenarnya indah kalau kau susun bait-bait carut tu sekemas yang mungkin.
Tolak ‘kepala bapak hang’ ‘pukimak hang’ dengan ‘butoh pak hang’.

Main mak bapak silap-silap orang breakfast roti salut jem hang breakfast tapak kasut salut selut.

Saturday, 14 June 2014

tulis.

tu.lis.
aku suka tulis.
dan aku perlu rasa untuk menulis.

rasa kecewa.
rasa sedih.
rasa sepi.
rasa sendiri.
rasa givap.
rasa faqtab.

kadang kadang aku nak peluk cium empunya diri yang bagi aku rasa rasa ini.
sebab kamu. kamu. kamu. dan kamu.
aku masih menulis dan akan terus menulis.

sampai bila?

sampai izrail bagi salam jemput aku ketemu tuhan.

Friday, 13 June 2014

buku.

Kenapa perlu haramkan sesebuah buku?
Biarkan rakyat baca apa sahaja dan baca apa sahaja.

Dari baca dia berfikir.
Dari baca dia menilai.
Dari baca dia memilih.

Aku pernah baca buku tebal pasal freemason masa umur 15 tahun.
Tak ada pun aku jadi ahli freemason degree 33 sekarang.
Aku pernah baca bible tak ada pun aku murtad sekarang.
Aku pernah baca dilema melayu karya tun mahathir tak ada pun aku rasis sekarang.

Pokoknya.
Biarkan dia membaca. Berfikir. Menilai. Dan memilih.

Thursday, 12 June 2014

sayang cemburu.

dalam setiap rasa sayang.
hadir secebis cemburu sebagai bayarannya.

Wednesday, 11 June 2014

muhasabah.

Hujan renyai renyai. 
Cocok earfon dalam lobang telinga.
Baring atas pelantar terapung tasik.
Sorang sorang.
Hisap premium British blend tanpa henti. 
Tenang.
Kadang kadang sayu.
Pandang langit.
Mendung.
Tanpa bintang.
Muhasabah nafsi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This is a personal blog. The views and opinions expressed here represent my own and not those of the people, institutions or organizations that I may or may not be related with unless stated explicitly.Also, my thoughts and opinions change from time to time as I come to learn more and develop my understanding about the things and issues that I am blogging about. This blog just provides a snapshot of the knowledge, views, and opinions that I hold at a particular point of time and these might most probably change over a period of time. I reserve the right to evolve my knowledge, thoughts, and viewpoints over time and to change them without assigning any reason.