Showing posts with label askar. Show all posts
Showing posts with label askar. Show all posts

Sunday, 3 March 2013

krisis.

jangan nak jadi pahlawan papan kunci.

kau cakap itu ini.
salah sana sini.

kau ingat nak tarik trigger weapon tu semudah kau tekan papan kunci?

tak guna cakap kosong.
cuba kau duduk barisan depan.
mau terkucil meleleh.

buat pahlawan yang terkorban di sana.
al-fatihah.
takziah buat keluarga mereka.

amin.


menyimpan rahsia negara dengan seketat ketatnya.

ini mungkin ikrar kesatria.
tapi rakyat juga harus sedar.
demi pertahanan negara.
jangan spread rumours.

"seramai sekian-sekian orang anggota pasukan keselamatan kita telah tiba di lahad datu"
"pasukan keselamatan akan menggunakan itu ini jenis senjata dalam melawan penceroboh di lahad datu"

sedar atau tak.
anda dah bocorkan rahsia negara.

sedar atau tak.
rahsia negara tu mudahkan musuh dapat maklumat tanpa perlu tinjau.
cukup sekadar bukak google.
nah.
segala maklumat mereka dapat.

malaysian.
kalau tak dapat membantu.
sekurangnya jangan menyusahkan.

sekian.


serius.
sedih tengok manusia yang memperlekehkan pasukan keselamatan.
kau ingat polis dan askar tu kebal?
mereka juga manusia macam kau.
paling kurang dia berani ke medan perang.

kau.
kalau kau setakat main CS.
main GTA pun pakai cheat.
PLKN pun terkencing terberak tak nak masuk.
tak payah nak sembang lebat.

respek mereka yang ada di sana.



Wednesday, 13 February 2013

hormat!

salut.

tahu dari mana datangnya salut?

ia bermula dari zaman pertengahan.

apabila dua kesatria mendekati satu sama lain.
atas belakang kuda tunggangan mereka.

visor diangkat.
muka ditunjuk.

seperti mereka berkata.
"ini adalah aku".
"aku bukan musuh dan aku tidak takut".

salut adalah hormat.
hormat terhadap diri kamu.
perkhidmatan kamu.
bendera kamu.

tabik tuan!

#thelastcastle2001

Monday, 11 February 2013

dua keping keluli tahan karat.

rantai anjing.
disck.

keluli tahan karat terukir nombor,agama dan nama.
hanya dua keping loket keluli.
bersambung pada seutas rantai.
tiada makna.
tiada harga.

mungkin mereka tidak tahu.
gugurnya insan bernama tentera.
di medan juang.
keluli tahan karat itu memberi seribu makna pada si penerima.

bukan mayat si wira.
bukan sekujur jasad perkasa.
hanya sekeping keluli.
terukir nombor,agama dan nama.

genggam,pegang,pelok erat,kunci rapat.
titis airmata atas kepingan keluli itu.
yang pasti.
dia tidak akan kembali.

#buatwirabangsa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This is a personal blog. The views and opinions expressed here represent my own and not those of the people, institutions or organizations that I may or may not be related with unless stated explicitly.Also, my thoughts and opinions change from time to time as I come to learn more and develop my understanding about the things and issues that I am blogging about. This blog just provides a snapshot of the knowledge, views, and opinions that I hold at a particular point of time and these might most probably change over a period of time. I reserve the right to evolve my knowledge, thoughts, and viewpoints over time and to change them without assigning any reason.