Wednesday 27 February 2013

itu lebih baik.

mallard advice kata-
"if two peoples are happy together, leave them alone"

pepatah mat saleh kata-
"if u love someone, set her free"

novelis filemis melayu kata-
"saya bahagia tengok awak bahagia"

kalau dua orang sedang bahagia.
jangan kacau!
itu logik.
biarkan mereka dengan hidup mereka.

kalau awak cintakan seseorang tu, lepaskan dia pergi.
ini taik!
kalau kau dah sayang.
nak lepaskan.
sebab kau fikir-"kalau dia sayang dia pasti kembali"
jangan haraplah!

saya bahagia tengok awak bahagia?
ini sumpah ayat nak sedapkan hati.
bayangkan kau sayang gila-gila.
tiba-tiba kau tengok orang yang kau sayang bahagia dengan orang lain.
kau nak cakap kau bahagia?
sumpah kau tipu.
dan serius kau jeles tahap giler bab*.

tapi kalau dari awal dia dah orang lain punya.
ada betulnya semua tu.
lepaskan.
biar dia dengan hidup dia.
biar dia pergi.
biar dia bahagia.

itu kan lebih baik :)

Friday 15 February 2013

gadis desa.

gadis desa.

teratak kayu berteman sawah tak seberapa ekar.
tempayan seramik sebelah tangga beranak tiga.

bersimpuh silu dia di sudut anjung.
berkain batik berbaju kebarong.
selendang putih nipis menutup si ikal.

senyum manis.
bulu mata alis nipis.

yang melihat ternoda.
sedangkan dia tidak pernah menoda mengada.

ayunya nampak.
santunnya segak.

harapan.

mana nak dapat sekarang?

ada.

dimana??

dalam cerita.
dalam drama.
dalam telenovela.

cisss.

semua itu auta.

tapi tak salah kan bermimpi.




Thursday 14 February 2013

tragedi hari kekasih.


bunuh diri, dibunuh, terbunuh.

apa sahaja.

jangan membuat spekulasi.
tak.
saya x spekulet.
cuma kepingan pendapat.

adik bunuh diri?
tapi adik.
adik muda lagi.
baru 19 tahun.
kalau adik bunuh diri sebab gaduh dengan boipren.
boipren je adik.
ramai kot gaduh.
abang pun gaduh.
ada terlintas nak biar nyawa takat E tangki minyak.
tapi sabar lah.
terjun tingkat enam,tingkat lapan,tingkat sepuluh.
spot baik punya time square.
tak pasal haunted time square tu nanti.

adik kena bunuh?
ada yang cakap adik gaduh dengan boipren.
boipren tolak.
adik tergelincir,boipren cuba selamat,tapi dah terlambat.
macam drama.
tapi..
kesian boipren adik.
tak pasal jadi pembunuh.
bukan macam tu gayanya sebuah cinta.
salah.

adik terbunuh?
mungkin.
boipren adik sayang adik.
xde niat pun nak bunuh.
bunuh tanpa niat mungkin.
tapi tetap jadi pembunuh sebab jasad adik dah jatuh kelantai kepala terburai.

adik.
putus cinta perkara  biasa.
jangan drastik.
nanti sakit.
sabar.
perjalanan hidup masih panjang.
itu satu dugaan.
tahan.

hidup masih panjang.
perjalanan masih jauh.

titikmati.


puisi tanpa noktah

puisi tanpa noktah

remaja
tapi nak bercinta
eh
bukan itu lumrah dunia?

siapa kata?

abi umimu
abah makmu
ayah ibumu

mereka letak harapan
kau balas macam setan
naik atas tak dongak bawah
di suruh belajar

bukan macam ini
bukan macam itu
kau salah
dia salah
mereka salah

perbetulkan

tapi mak
tapi abah
tapi umi
tapi abi
tapi ayah
tapi ibu

apa tapi-tapi?

saya cuma nak rasa hidup remaja
remaja saya cuma sekali

apa nak jadi?

biar la saya ikut arusnya
follow the flow kata mereka

saya janji
kalau sakit
saya sanggup

sekejap saja sakitnya
let bygone be bygone kata mereka
saya pegang itu

lantak kau lah
dewasa sudah
fikir sendiri

mak tak dapat tolong
ayah tak dapat tolong
atok tak dapat tolong
abang tak dapat tolong

terus dan terus dan terus
dia cipta karang hidup dia
tuan punya hidup
tuan punya cerita

tanpanoktah

Wednesday 13 February 2013

siapa kisah?


my birthday wish list.

1.kitab terfaktab-sarkastik cinta.
2.puisi tepi jalan-fynn jamal.
3.ranap.
4.seketol gitar kapok bersama buku kord asas.

karya-karya puitis bawah tanah.

itu sudah memadai.

tapi..

siapa kesah?

:p






hormat!

salut.

tahu dari mana datangnya salut?

ia bermula dari zaman pertengahan.

apabila dua kesatria mendekati satu sama lain.
atas belakang kuda tunggangan mereka.

visor diangkat.
muka ditunjuk.

seperti mereka berkata.
"ini adalah aku".
"aku bukan musuh dan aku tidak takut".

salut adalah hormat.
hormat terhadap diri kamu.
perkhidmatan kamu.
bendera kamu.

tabik tuan!

#thelastcastle2001

Monday 11 February 2013

dua keping keluli tahan karat.

rantai anjing.
disck.

keluli tahan karat terukir nombor,agama dan nama.
hanya dua keping loket keluli.
bersambung pada seutas rantai.
tiada makna.
tiada harga.

mungkin mereka tidak tahu.
gugurnya insan bernama tentera.
di medan juang.
keluli tahan karat itu memberi seribu makna pada si penerima.

bukan mayat si wira.
bukan sekujur jasad perkasa.
hanya sekeping keluli.
terukir nombor,agama dan nama.

genggam,pegang,pelok erat,kunci rapat.
titis airmata atas kepingan keluli itu.
yang pasti.
dia tidak akan kembali.

#buatwirabangsa.



Sunday 10 February 2013

picisan artisan.

bila seni grafiti di kata vandalisma.
papan sekeping bercat merah berbintik satu itu dikatakan seni.

mana nilainya?

picasso tertawa.
da vinci tertawa.

evolusi mungkin.

citarasa manusia.
berbeza.

uji ujian kehidupan.

hidup memang sentap.

buka mata kena uji.
tamat hanya bila electrokardografi mendatar panjang.

kalau tak nak diuji.
telan sebotol pil ke lubang halkum.
kelar tangan pakai parang panjang.

tapi itu bodoh!

kalau tuhan uji.
terima.
dan terima kasih.

teruskan.
hadapi.
biar sentap.
tapi kau tau kau gagah.

berdiri depan cermin.

cakap sama diri.
kau kuat.

kau tanggung ujian.
kau sanggup.

jerit sama telinga mereka.

aku ada..kau ada !!!???

ragam organisma manusia.

manusia.

kompleks.

struktur-struktur rantai carbon,
huruf-huruf persamaan algebra,
formula-formula ilmu alam,
formula-formula ilmu hisab,
semuanya tidak serumit organisma bernama manusia.

lain cakap.
lain buat.

pernah dengar?
memaafkan itu mudah.
melupakan itu mustahil.

sekali kau tipu.
sekali kau main belakang.
selamanya aku ingat.

kau pun sama.
kau akan ingat.

kenapa?

sebab kau manusia.
sebab aku juga manusia.

bezanya.
kau dewasa.
aku hanya budak hingusan.

akubudakhingusan.

Saturday 9 February 2013

pengemis jalanan.

pengemis jalanan.
homeless.

persepsi terhadap mereka mungkin berbeza antara aku dan kamu.
kata kau mereka ini penipu.
kau lihat kaki tangan kudrat kuat.
mereka mampu bekerja.

tapi mungkin ada yang betul tidak mampu.
mungkin.

bagi aku tak salah kalau kau berat nak seluk saku.
hulur sekupang dua.
itu hak kau.

tapi tak salah juga kalau kau nak hulur barang sekeping not biru bertulis satu.
sekurangnya tanggungjawab kau lepas.
membantu mereka sekadar mampu seikhlas hati.
tipu tak tipu urusan dia sama Pencipta.

bergantung.

atas diri masing-masing.
mungkin paparan tiga enam kosong, majalah tiga, mastika mungkin.
buat pandangan kita pada mereka terlalu hina.
tak semua sama.

manusia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This is a personal blog. The views and opinions expressed here represent my own and not those of the people, institutions or organizations that I may or may not be related with unless stated explicitly.Also, my thoughts and opinions change from time to time as I come to learn more and develop my understanding about the things and issues that I am blogging about. This blog just provides a snapshot of the knowledge, views, and opinions that I hold at a particular point of time and these might most probably change over a period of time. I reserve the right to evolve my knowledge, thoughts, and viewpoints over time and to change them without assigning any reason.