Sunday 24 March 2013

pada siapa?

selepas Allah dan Rasul.
pada siapa aku perlu beri cinta?
pada siapa aku perlu beri rasa hormat?
pada siapa harus aku beri rasa cinta?
pada siapa harus aku beri rasa sayang?
pada siapa harus aku beri rasa kasih?
pada siapa harus aku tumpukan sepenuh perhatian?

ibu kamu, ibu kamu, ibu kamu.

selepas itu siapa?

ayah kamu.

cintai mereka.
sayangi mereka.

tanpa mereka siapa kita.
tanpa mereka kita tiada.

dengar sini dunia.

saya sayang mak saya.
saya sayang abah saya.




Thursday 21 March 2013

ruang infiniti.


ruang infiniti.

dalam hiruk pikuk manusia.
berhimpit berasak.
dalam jentera beroda empat.

ramai.
rapat.
padat.
sendat.

punggung berlaga punggung.

tapi.

yang sunyi, aku.
yang sepi, aku.

hanyut dalam monoloq minda.
dalam dunia aku.
ruang infiniti aku.

jauh.
gelap.
gelita.
legam.
hitam.
lenyap.

terus hilang.

Wednesday 20 March 2013

pekak buta.

gadis itu.

bukan sahaja pekak.
malah buta.






atas katil.
20 mac 2013
3:19 p.m

Monday 18 March 2013

lepas.


aku lepas.

bukan sekali.
bukan dua.
tapi beratus kali.

tapi.
bila aku sampai takat.
kau datang kembali.
aku lemah.

aku benci.
aku marah.
tapi kenapa cuma sekejap.

tolong aku.
untuk aku tolong diri kau.
kita sama-sama tolong.

kau sama kau.
aku sama aku.

titik.

Tuesday 12 March 2013

hati menangis.

tengah beratur nak beli nasi.
aku letak nasi, ayam dan telur masin.
banyak.
untuk kenyang sampai ke petang.

kadang-kadang aku komplen sendiri dalam hati.
tak sedap, manis, buat la masin, pedas sikit.
nampak tak di situ.
aku tak reti bersyukur.
buta hati mungkin.

tapi hari ni.
aku celik.
secelik celik alam.

ada mak cik cleaner depan orang depan aku.
dalam 50 an tuanya.
dia tapau.
nasi kosong.
capai plastik bagi brader cashier.
"isi seringgit je dik" dalam dialek sarawaknya.
sambil jari tunding ke taugeh goreng.

itu saja.
nasi kosong dan taugeh goreng yang tak seberapa urat.
ialah.
seringgit.

sambil tangan mengeluarkan duit dari purse kecik berzip berbentuk karipap.
aku kira-kira hasil tenungan sekilas.
hanya ada helaian seringgit tak seberapa.
bersama beberapa ketul syiling.
itu saja.

aku terkelu.
speechless.
hati aku kata "belikan la mak sik tu lauk".
tapi kenapa aku tergamam.
bodoh!

serius.
aku sebak.
aku tahan.
aku tak selera nak makan.
memang aku tak kenal mak cik tu.
tapi aku nampak.
juadah tengahari dia hanya nasi kosong dan taugeh goreng.
aku tahu.
sedangkan aku nasi bertimbun berlaukkan ayam seketul besar dan telur masin.

nak menangis.

sebak.

sedih.

semoga tuhan limpahkan rezeki pada mak cik.
 amin~

:'(

Friday 8 March 2013

tambah angka.

"becoming older is unavoidable but becoming mature is an option" ^__^

umur.
cuma sekadar angka.
matang tubuh badan tak bermakna matang perlakuan.
tapi saya cuba untuk matang keduanya.
tak salah kan jadi budak selamanya.
itu kan comel :)

aku kan budak hingusan.

bagi yang ucap hari tua saya.
terima kasih.
tua sudah saya.
duapuluhsatu!

tambah angka.

“You are never too old to become younger!”
― Mae West

Sunday 3 March 2013

krisis.

jangan nak jadi pahlawan papan kunci.

kau cakap itu ini.
salah sana sini.

kau ingat nak tarik trigger weapon tu semudah kau tekan papan kunci?

tak guna cakap kosong.
cuba kau duduk barisan depan.
mau terkucil meleleh.

buat pahlawan yang terkorban di sana.
al-fatihah.
takziah buat keluarga mereka.

amin.


menyimpan rahsia negara dengan seketat ketatnya.

ini mungkin ikrar kesatria.
tapi rakyat juga harus sedar.
demi pertahanan negara.
jangan spread rumours.

"seramai sekian-sekian orang anggota pasukan keselamatan kita telah tiba di lahad datu"
"pasukan keselamatan akan menggunakan itu ini jenis senjata dalam melawan penceroboh di lahad datu"

sedar atau tak.
anda dah bocorkan rahsia negara.

sedar atau tak.
rahsia negara tu mudahkan musuh dapat maklumat tanpa perlu tinjau.
cukup sekadar bukak google.
nah.
segala maklumat mereka dapat.

malaysian.
kalau tak dapat membantu.
sekurangnya jangan menyusahkan.

sekian.


serius.
sedih tengok manusia yang memperlekehkan pasukan keselamatan.
kau ingat polis dan askar tu kebal?
mereka juga manusia macam kau.
paling kurang dia berani ke medan perang.

kau.
kalau kau setakat main CS.
main GTA pun pakai cheat.
PLKN pun terkencing terberak tak nak masuk.
tak payah nak sembang lebat.

respek mereka yang ada di sana.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This is a personal blog. The views and opinions expressed here represent my own and not those of the people, institutions or organizations that I may or may not be related with unless stated explicitly.Also, my thoughts and opinions change from time to time as I come to learn more and develop my understanding about the things and issues that I am blogging about. This blog just provides a snapshot of the knowledge, views, and opinions that I hold at a particular point of time and these might most probably change over a period of time. I reserve the right to evolve my knowledge, thoughts, and viewpoints over time and to change them without assigning any reason.